Menjadi Perdana Menteri Somchai Wongsawat

Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Thailand ke-26 menggantikan Samak Sundaravej yang terpaksa meletak jawatan pada 17 September 2008 selepas didapati bersalah menerima bayaran untuk kemunculan pada program masakan. Mahkamah Perlembagaan mendapati Samak melanggar Perlembgaan dengan menjadi hos program masakan “Tasting and Grumbling” dan “All Set at 6a.m” semasa menjadi perdana menteri. [3] Samak dikecam kerana menjalankan dasar bagi menjaga kepentingan Thaksin Shinawatra.[4]

Cubaan Samak untuk kembali berkuasa gagal kerana pemberontakan dalam parti. Samak menjadi perdana menteri selama 7 bulan sahaja. Calon lain ialah Timbalan Pengerusi PPP, Sompong Amornviwat dan Setiausaha Agung parti, Surapong Suebwonglee. Somchai berdepan dengan krisis politik yang menyaksikan ribuan penunjuk perasaan terus berkampung di pusat pentadbiran kerajaan.[5] Somchai menjadi sasaran muda PAD.[6]

Kudeb Saikrajang menyatakan ahli parlimen daripada Parti Kuasa Rakyat (PPP) diminta menyokong Somchai . Sokongan daripada lima parti rakan PPP dalam kerajaan campuran diperlukan sebelum pencalonan beliau boleh disahkan pada pengundian di Parlimen . Jawatankuasa eksekutif secara sebulat suara bersetuju untuk memilih Somchai sebagai calon Perdana Menteri. Pelantikan adik perempuan Thaksin itu mencetuskan kemarahan penunjuk perasaan antikerajaan pimpinan Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD).[7]

Pada 17 September 2008, Somchai yang menjadi Pemangku Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan memperoleh 298 undi untuk mengenepikan pemimpin Parti Demokrat Abhisit Vejjajiva yang mendapat 163 undi semasa pengundian di Parlimen manakala lima yang lain menarik diri. Dewan Perwakilan mempunyai 480 kerusi. Speaker Dewan Chai Chidchob mengumumkan Somchai menjadi Perdana Menteri Thailand yang baru untuk tempoh 3 tahun. Sejak PAD menduduki Rumah Kerajaan, Kabinet Thai memilih untuk menjalankan tugas di lapangan terbang lama Don Muang di Bangkok.

Rujukan

WikiPedia: Somchai Wongsawat http://ap.google.com/article/ALeqM5hG71oGl1LokvZph... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=093... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=112... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt...